Perhatian

Sebilangan Sumber adalah daripada email yang dikirim secara rawak dan terus masuk kedalam email Noraz , dan tak tahu dari mana sumber asal dan kalau artikel itu milik anda , Noraz minta maaf , korang letakkanlah link asal sumber tu kat komen dibawah okey .. Maklumlah Noraz budak baru . .
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi - Cekodok Sosej dengan Kentang

3-4 cwn tepung gandum
2 biji kentang kecil/sederhana: dipotong memanjang (mcm french fries)
Setengah batang carrot: dipotong memanjang juga
2 batang sosej: dipotong bulat2
1 labu bwg besar saiz kecil/sederhana: dihiris nipis
Sedikit ikan bilis: ditumbuk kasar
Sebiji telur
Air, garam dan gula secukupnya

Cara-cara

Masukkan smua bahan kecuali air dalam bekas. gaul rata

Masukkan air anggaran tak terlalu cair/pekat. kacau sehingga semua sekata

Sudukan dengan sudu besar, goreng dalam minyak yg sudah panas.Angkat bila kekuningan.

Bolehlah dihidangkan dengan sos cili/tomato
Read More - Resepi - Cekodok Sosej dengan Kentang

Ikan Masak 3 Rasa

Ikan Masak 3 Rasa

Bahan-Bahan:
BAHAN A:
1 ekor ikan siakap
Garam
Kunyit
Minyak masak

BAHAN B:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ketul halia
3 batang serai
(Semua bahan ini dirincis halus dan digoreng hingga garing)

BAHAN C:
4 sudu cabai kering yang telah diblander.
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Gulu,garam dan daun limau purut.

BAHAN D:
Karet
Sudip jagung
Bunga kobis

Cara:Goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi (iaitu Bahan A).

Bahan B yang telah digoreng hingga garing tadi dicampur pulak dengan Bahan C.Kemudian masukan sedikit air supaya tidak terlalu likat.

Setelah masak dan naik bau masukan pulak Bahan D lebih kurang selama 7 minit.

Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Read More - Ikan Masak 3 Rasa
Related Posts with Thumbnails