Perhatian

Sebilangan Sumber adalah daripada email yang dikirim secara rawak dan terus masuk kedalam email Noraz , dan tak tahu dari mana sumber asal dan kalau artikel itu milik anda , Noraz minta maaf , korang letakkanlah link asal sumber tu kat komen dibawah okey .. Maklumlah Noraz budak baru . .
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

PANDUAN MENGENALI LELAKI BAIK...


Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa
pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.

Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:

1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.
Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut dicurigai?

Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan keranaterlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.

Selamat membina perhubungan intim danjadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.
Read More - PANDUAN MENGENALI LELAKI BAIK...

Kesihatan - Apa itu sengugut - datang bulan.

Kamu mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke sekolah atau kerja.
Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.

Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya:

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah:

Ketidakseimbangan Bahan Kimia - Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya.

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh:

-Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
-Jangkitan
-Radang Rongga Pelvis
-Endometriosis
-Penyakit usus seperti apendisitis
-Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh.

Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Saya telah mengalami dismenorea sejak lima tahun dahulu semasa saya berumur 13 tahun. Perlukah saya berjumpa doktor?
Sekiranya kamu mengalami dismenorea sejak pertama kali kamu period, besar kemungkinan ianya adalah dismenorea primer. Jadi kamu tidak perlu berjumpa doktor. Dismenorea primer boleh mengakibatkan:

-Kekejangan. Bahagian bawah perut kamu mungkin terasa seperti dipulas atau dipintal.
-Sakit kepala yang berdenyut-denyut
-Muntah atau mual/loya
-Sakit kaki dan bahagian belakang badan
-Pergerakan usus yang tidak sekata
-Pitam


Kesakitan Dismenorea: Bila perlu berjumpa doktor
Sakit tidak didapat dijangka. Siapa yang mahu sakit? Tetapi kesakitan yang kamu rasai kerana dismenorea boleh membantu kamu memahami apa penyebabnya. Jadi sila beri perhatian!

Kamu akan tahu yang kamu mengalami dismenorea primer apabila:

-Kesakitan telah mula dirasai sejak pertama kali kamu period atau 6 hingga 12 bulan selepas itu.
-Kesakitan mula dirasai beberapa jam sebelum atau sejurus selepas permulaan period.
-Dua hari pertama haid adalah paling sakit.
-Kesakitan mungkin akan hilang 2 atau 3 hari selepas permulaan period.
-Kesakitan mungkin dirasai di bahagian belakang badan, peha dan kaki.

Jika kesakitan bermula beberapa hari sebelum permulaan period dan berpanjangan selama 3 hari, dan dengan dismenorea kamu juga menyedari beberapa benjolan di dalam abdomen, frequent muntah yang kerap, dan perubahan dalam aliran haid, eloklah berjumpa doktor. Sekiranya kamu aktif dalam aktiviti seks dan mengalami kesakitan semasa melakukan seks, kamu harus mendapatkan pemeriksaan doktor.

Adakah saya akan mengalami senggugut selama-lamanya?
Adalah lebih elok sekiranya kamu tahu yang kamu mengalami dismenorea primer atau sekunder. Dismenorea primer terjadi kepada wanita yang ovarinya hanya mengeluarkan sebiji telur setiap bulan. Golongan wanita ini mempunyai kitaran haid yang normal dan akan period setiap bulan. Sesetengah perempuan akan berhenti mengalami dismenorea primer apabila mereka semakin dewasa dan mempunyai anak. Apabila kamu semakin tua dan tubuh kamu berhenti mengeluarkan hormon yang cukup seperti estrogen dan progestrone, kamu tidak akan mengalami period lagi. Ketika ini, dismenorea primer juga akan hilang. Maknanya kamu tidak akan menderita selama-lamanya!

Apabila dikesan yang dismenorea kamu disebabkan jangkitan atau pertumbuhan tidak normal seperti sista atau polips, jadi ia harus dirawat terlebih dahulu oleh doktor. Sebaik sahaja penyebab disemenorea sekunder dirawat, kesakitan mungkin berkurangan atau hilang.

Bolehkah dismenorea dicegah?
Bagi dismenorea primer, doktor akan memberi rawatan seperti pil perancang dan pil penahan sakit. Kamu boleh mengurangkan kesakitan atau kekerapannya dengan hidup secara sihat. Beberapa langkah untuk panduan kamu:

-Perbaiki diet kamu: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
-Kurangkan garam.
-Variasikan pilihan minuman kamu: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
-Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
-Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
-Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
-Berhenti merokok
-Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

Saya menjaga pemakanan dan bersenam tetapi sakit masih tidak hilang. Apa yang perlu saya buat?
Dismenorea boleh menyebabkan kesakitan yang teruk. Ketika ini, mungkin kamu hanya mahu baring sahaja di katil. Kamu mungkin tidak mahu melakukan apa-apa ketika mengalami dismenorea tetapi seeloknya kamu tidak harus membiarkan kesakitan terus menular. Kamu boleh melakukan perkara-perkara di bawah untuk menolong mengurangkan kesakitan:

Lakukan sesuatu! Jangan tunggu sampai sakit itu semakin teruk. Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan kedai dan sangat berkesan. Kamu boleh meminta pertolongan ibu atau kakak untuk membeli pil ini. Ingat antara tanda-tanda dismenorea. Pastikan kamu makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. Jangan pendam kesakitan ketika diserang dismenorea.

Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Perlukah saya ponteng sekolah atau kerja ketika saya mengalami senggugut?
Dismenorea memang menyakitkan. Ia boleh menjadi lebih teruk dan kebanyakan perempuan perlu berehat di rumah dan baring di atas katil untuk sembuh. Ia amat difahami. Apabila kamu rasa tidak sihat, pastikan kamu beritahu cikgu atau sesiapa di pejabat tentang keadaan kamu. Pastikan kamu bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang tertangguh. Ambil pil penahan sakit sebaik sahaja kamu merasa sakit. Sebiji pil sudah mencukupi. Tanya orang yang lebih dewasa atau doktor keluarga untuk menolong kamu. Jika sakit semakin berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun kamu sudah mengambil pil penahan sakit, mintalah pertolongan orang lain untuk mendapatkan khidmat doktor.
Read More - Kesihatan - Apa itu sengugut - datang bulan.

Kesihatan - Sihatkan tubuh dengan seks rutin


Seks sangat bermanfaat bagi manusia. Karena seks sama nialinya dengan berolahraga. Aktivitas seksual adalah kegiatan yang sangat menyehatkan. Aktivitas bercinta dengan pasangan bisa membantu seseorang membentuk tubuhnya. Selain itu seks juga dapat membuat jantung lebih banyak bekerja karena termasuk dalam kategori olahraga cardiovascular. Semua otot tubuh akan bekerja tiap kali Anda melakukan senggama dengan pasangan. Sehingga otot-otot tubuh menjadi lebih lentur namun juga kencang. Aktivitas tersebut membutuhkan tenaga yang sangat besar dan membakar kalori dalam jumlah besar.

Bukan hanya itu saja, namun sebuah penelitian yang dilansir dari Askmen mengungkapkan bahwa setiap kali Anda berciuman ketika ajang foreplay mampu membakar 26 kalori. melakukan seks lima kali dalam seminggu sepadan dengan dua jam Anda berolahraga di gym. Gaya bercinta "woman on top" sangat bagus untuk membantu memadatkan proses pembentukan paha dan perut. Ketika mencapai puncak kenikmatan (orgasme), itu artinya membakar 60-100 kalori dalam sekali permainan. Hal ini dapat ditandai dengan banyaknya keringat yang mengucur dari tubuh Anda dan pasangan. Sehatkan tubuh dengan seks rutin!
Read More - Kesihatan - Sihatkan tubuh dengan seks rutin
Related Posts with Thumbnails