Perhatian

Sebilangan Sumber adalah daripada email yang dikirim secara rawak dan terus masuk kedalam email Noraz , dan tak tahu dari mana sumber asal dan kalau artikel itu milik anda , Noraz minta maaf , korang letakkanlah link asal sumber tu kat komen dibawah okey .. Maklumlah Noraz budak baru . .

Sula dan Perkosa

KUALA LUMPUR: Kejam adalah istilah paling tepat menggambarkan tindakan tiga lelaki yang bukan hanya memperkosa seorang wanita bergilir-gilir, malah turut menyula mangsa dengan kayu hingga pengsan akibat kesakitan.

Difahamkan, kumpulan penjenayah yang juga pelajar berusia awal 20-an berkenaan sengaja mencucuk kayu ke bahagian dubur mangsa dipercayai bagi mendapat keseronokan selain menyeksa mangsa.

Sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, berkata kumpulan penjenayah terbabit sebelum itu dikatakan berkeliaran mencari mangsa di sekitar Pandamaran, Klang, sebelum cuba menculik seorang gadis jam 5.30 pagi kelmarin.

Menurutnya, dalam cubaan pertama itu, gadis yang hampir menjadi mangsa terbabit berjaya menyelamatkan diri. “Dalam cubaan seterusnya sekitar jam 6 pagi hari sama, suspek menyerang seorang wanita berusia 35 tahun yang ketika itu berada di tepi jalan,” katanya. Menurutnya, suspek yang menaiki kenderaan kemudian membawa mangsa ke kawasan belukar sebelum memperkosa mangsa bergilir-gilir. “Tidak cukup memuaskan nafsu dengan memperkosa mangsa, suspek turut mengambil kayu sebelum memasukkannya ke bahagian dubur mangsa. “Tindakan terbabit menyebabkan mangsa mengalami kesakitan sehingga pengsan,’ katanya.

Menurutnya, pada masa sama mangsa pertama yang hampir diculik dan diperkosa membuat laporan polis sebelum pihak polis segera menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek. “Usaha polis akhirnya berhasil apabila dua daripada penjenayah itu berjaya diberkas polis pada hari sama di sekitar daerah Klang,” katanya.

Moral : bayangkan ..anda tidak mengetahui orang yang berdiri atau yang berada sisebelah anda adalah 'time bom' yang boleh meletup bila-bila masa saja... wajah, pakaiaan, personaliti, seakan waras dan sihat.., tapi semakin ramai orang sekeliling kita yang 'SAKIT JIWA/ JIWA KACAU'..

bayangkan anak muda ini membesar dengan sihat.. kemudian jadi pemimpin kepada anak2 gadis kita.. bayangkan pula jika mereka menjadi pemimpin kepada organisasi mereka.. bayangkan apa yang akan terjadi kepada masyakat kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails