
Suatu banci telah dilakukan oleh MyKMU terhadap penganut Kristian dari Sabah dan Sarawak yang belajar dan bekerja di Semenanjung Malaysia. Kaji selidik melibatkan 100 orang.
Kesimpulan bancian ini:
Kesimpulan bancian ini:
- Mereka tiada masalah dengan perkataan God diganti dengan Tuhan bukannya Allah seperti yang diperjuangkan oleh Gereja Katholik Malaysia.
- Kesemua mereka tidak menggunakan perkataan Allah dalam upacara agama kristian ketika berada di semenanjung.
- Mereka faham penggantian perkataan God kepada Tuhan adalah terjemahan yang lebih tepat dalam bahasa Melayu.
- Mereka berpendapat ini hanyalah tindakan politik pihak gereja dan tiada kena mengena dengan kesucian agama Kristian.
- Mereka berpendapat isu menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam risalah Kristian berbahasa Melayu di Semenanjung hanyalah isu politik dan untuk kepentingan pihak Gereja bukannya kepentingan ajaran Kristian.
Memetik MyKMU berikut:
Yang jahat adalah kepimpinan Katolik Kristian yang dipengaruhi oleh peguam-peguam ahli PKR dan Beckett Fund yang melibatkan kegilaan politik Anwar Ibrahim.
Sebahagian besar pelajar universiti di Lembah Klang dalam tinjauan ini merupakan bumiputera Sabah dan sarawak yang beragama Kristian dan mengakui mereka merasa tertekan dengan kontroversi ini.Berdasarkan bancian ini, harap difahami bahawa penganut Keristian tidak semesti mempersetujui tindakan gereja Katolik dan sedia bertolak ansur dalam perkara ini. Usah kita memusuhi penganut Katolik.
Menurut mereka, ada rakan-rakan yang beragama Islam mula berpandangan serong terhadap mereka. Malahan sudah terdapat perbahasan yang bercorak menentukan Allah agama mana yang benar dan ini boleh menimbulkan kesan yang tidak baik pada masa akan datang.
Yang jahat adalah kepimpinan Katolik Kristian yang dipengaruhi oleh peguam-peguam ahli PKR dan Beckett Fund yang melibatkan kegilaan politik Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment